Friday, 17 April 2015

KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN




Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
  1. Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
  2. setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
  3. Lantiklah seorang pencatat.
  4. Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
  5. Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
  6. Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
  7. Sediakan peralatan secukupnya dan
  8. Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
  9. Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
  10. Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
  11. Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
  12. Hadkan masa yang digunakan.
  13. Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
  14. Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
  15. Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
  • Dapat menjimatkan masa.
  • Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
  • Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
  • Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
  • Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
  • Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
  • Dapat memupuk rasa setiakawan.
  • Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.


KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN






Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
  • Mengetahui tabiat seorang pengajar.
  • Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
  • Bertanya terus kepada guru.
  • Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
  • Mengetahui tajuk yang akan diajar.
  • Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
  • Membuat nota ringkas dan
  • Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
  • Meminta restu daripada ibu bapa.
  • Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
  • Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
  • Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
  • Duduk di hadapan kelas
  • Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
  • Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
  • Membuat dan mencatat nota tambahan
  • Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
  • Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan





Antaranya: 

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
:: Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan ::

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
Selalu makan makanan yang panas-panas
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulam
Selalu mengamalkan melihat pandangan yang berwarna hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imagenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam
:: Itulah serba sedikit tips atau amalan yang perlu kita laksanakan untuk mengekalkan ingatan kita agar tidak mudah lupa atau hilang ingatan ::
:: Setiap perkara perlu diusahakan, seperti kata-kata yang selalu kita dengar “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.”
Renung-renungkan, selamat beramal

Cara-cara Membuat Nota Ringkas

Teknik Membuat Nota Ringkas







BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan faktaatau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan faktadaripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialahperbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

  1. Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karanga asal.
  2. Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

10 Panduan Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus







Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.

Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan hanya dengan mempraktikkan teknik-teknik mudah menyimpan wang. Securities Industry Development Corporation (SIDC), cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia ingin berkongsi 10 panduan berjimat cermat untuk pelajar kampus. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mempraktikkan panduan-panduan yang diberi dan mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.

Panduan 1: Amalkan Peraturan 10 Peratus


Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.

Panduan 2: Wujudkan Dana Kecemasan


Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau computer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 3: Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Panduan 4: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah


Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Panduan 5: Potong kad kredit anda

Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Panduan 6: Kurangkan bil elektrik anda


Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.

Panduan 7: Jadilah pelajar yang bijak


Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Panduan 8: Gunakan kad pelajar anda

Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 9: Gunakan pengangkutan awam

Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Panduan 10: Gunakan Internet untuk membuat panggilan


Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.


Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukanlah sekadar mentelaah pelajaran semata-mata. Selaku pelajar, anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan akan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda kelak.Anda semestinya tidak mahu masalah-masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda di kampus. Dengan mempraktikkan “10 Panduan” yang telah diberikan, anda sepatutnya boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan!

Wednesday, 15 April 2015

Tip-tip untuk Berjaya Belajar

Assalamualaikum...

Hye...dekat sini saya ingin berkongsi beberapa tip-tip untuk berjaya dalam belajar :





















1. Jaga Hubungan Dengan ALLAH

  • solat jangan tinggal
  • selalu baca al-quran (tiap-tiap hari)
  • utamakan surah al-lukman, al-mulk, yasin and kahfi :)
  • solat hajat
  • solata taubat (sentiasa perbaharui)
  • solat sunat rawatib
  • solat tahajud dan qiamullai
  • niat study kerana ALLAH
2.Manage Time Untuk Study

  • jadual study
  • cari masa yang sesuai untuk study *contoh: bangun awal pagi, malam dan selepas subuh
3. Buat Nota warna warni @ berpeta minda

  • otak kita ini cepat untuk mengingat benda-benda yang mata kita nmpak yang bewarna  :)
  • highlight keyword penting dalam nota
  • melukis nota lagi bagus *buat macam komik tetapi isi itu biar padat dan yang penting*
4. Jangan Dengar Lagu yang hard core *rock k* bila study

  • otak kita susah untuk fokus buat 2 benda dalam satu masa *depends pada orang*
5. Jangan selalu sakitkan hati orang lain

  • kalau dengan ibu bapa...jaga hati mereka jangan sampai mereka kecil hati dengan kita *redha emak n ayah tu penting,kalau ada salah mintak maaf*
  • dengan kawan pula jaga bahasa dan kata2 kita, jangan mengikut sedap mulut saja cakap dekat kawan bodoh la, bangang la dan lain-lain
  • susah untuk study kalau ada salah dengan orang dan kena mintak maaf
6. Jaga pemakanan supaya tak cepat lupa

  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan ikan bilis dalam sambal nasi lemak yang ikan bilisnya untuk dicuci dengan bersih *yang masih ada tahi-tahi dia itu
  • jangan makan benda-benda masam banyak
7. Selalu ulang kaji

  • baca buku berulang ulang
  • jangan tinggal apa yang dibaca terlalu lama
8. Sebarkan ilmu yang kita tahu
 
  • bila kita bagitahu orang lain bila ditanya ataupun tidak kita akan kuatkan lagi ingatan kita
9. Bantu rakan-rakan yang tidak paham pelajaran
 
  • kita dapat manfaat, dia juga dapat manfaat
  • ALLAH juga akan tolong kita kalau kita selalu tolong orang
10. Jangan sombong and bangga diri dengan kejayaan yang kita dapat  sebaliknya berkongsi dengan kawan-kawan
 
11. Buat nota dan tampal di dinding bilik, sebelum tidur boleh tengok :)
 
12. Jaga akhlak n pergaulan
 
  • seorang yang berjaya bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah berjaya dalam kehidupan sebagai seorang islam
13. Hormati guru-guru anda
 
14. Tepati masa dan berdisiplin tinggi

Itulah beberapa tip yang boleh digunakan oleh pelajar. Sekiranya kita sudah usaha tetapi tidak 
berjaya mungkin ada silap dimana-mana. 

Sila amalkan :D hehe