Assalamualaikum...
Hye...dekat sini saya ingin berkongsi beberapa tip-tip untuk berjaya dalam belajar :
1. Jaga Hubungan Dengan ALLAH
solat jangan tinggal
selalu baca al-quran (tiap-tiap hari)
utamakan surah al-lukman, al-mulk, yasin and kahfi :)
solat hajat
solata taubat (sentiasa perbaharui)
solat sunat rawatib
solat tahajud dan qiamullai
niat study kerana ALLAH
2.Manage Time Untuk Study
jadual study
cari masa yang sesuai untuk study *contoh: bangun awal pagi, malam dan selepas subuh
3. Buat Nota warna warni @ berpeta minda
otak kita ini cepat untuk mengingat benda-benda yang mata kita nmpak yang bewarna :)
highlight keyword penting dalam nota
melukis nota lagi bagus *buat macam komik tetapi isi itu biar padat dan yang penting*
4. Jangan Dengar Lagu yang hard core *rock k* bila study
otak kita susah untuk fokus buat 2 benda dalam satu masa *depends pada orang*
5. Jangan selalu sakitkan hati orang lain
kalau dengan ibu bapa...jaga hati mereka jangan sampai mereka kecil hati dengan kita *redha emak n ayah tu penting,kalau ada salah mintak maaf*
dengan kawan pula jaga bahasa dan kata2 kita, jangan mengikut sedap mulut saja cakap dekat kawan bodoh la, bangang la dan lain-lain
susah untuk study kalau ada salah dengan orang dan kena mintak maaf
6. Jaga pemakanan supaya tak cepat lupa
jangan makan kepala ikan
jangan makan ikan bilis dalam sambal nasi lemak yang ikan bilisnya untuk dicuci dengan bersih *yang masih ada tahi-tahi dia itu
jangan makan benda-benda masam banyak
7. Selalu ulang kaji
baca buku berulang ulang
jangan tinggal apa yang dibaca terlalu lama
8. Sebarkan ilmu yang kita tahu
bila kita bagitahu orang lain bila ditanya ataupun tidak kita akan kuatkan lagi ingatan kita
9. Bantu rakan-rakan yang tidak paham pelajaran
kita dapat manfaat, dia juga dapat manfaat
ALLAH juga akan tolong kita kalau kita selalu tolong orang
10. Jangan sombong and bangga diri dengan kejayaan yang kita dapat sebaliknya berkongsi dengan kawan-kawan
11. Buat nota dan tampal di dinding bilik, sebelum tidur boleh tengok :)
12. Jaga akhlak n pergaulan
seorang yang berjaya bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah berjaya dalam kehidupan sebagai seorang islam
13. Hormati guru-guru anda
14. Tepati masa dan berdisiplin tinggi
Itulah beberapa tip yang boleh digunakan oleh pelajar. Sekiranya kita sudah usaha tetapi tidak
berjaya mungkin ada silap dimana-mana.
Sila amalkan :D hehe


No comments:
Post a Comment